Majlis Perasmian IKBN Miri-Oceancare Technical Training Centre 2016

Majlis Perasmian IKBN Miri-Oceancare Technical Training Centre 2016

MIRI, 13 Mac 2016: Majlis Perasmian IKBN Miri-Oceancare Technical Training Centre yang dianjurkan oleh IKBN Miri dan Oceancare Corporation Sdn bhd telah berlangsung di IKBN Miri semalam dan majlis juga telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, dengan adanya memorandum persefahaman iaitu satu MoU antara IKBN Miri melalui Kementerian Belia Sukan dan Oceancare Corporation Sdn Bhd telah memulakan transformation journey bagi IKBN Miri sendiri untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi sektor minyak dan gas. Ini juga penting untuk memastikan latihan yang diberikan kepada pelatih-pelatih di IKBN betul-betul relevan kepada industri.

KJ3 KJ1

Dengan menjemput industri-industri luar untuk bekerjasama juga bukan sahaja sebagai bakal majikan tetapi daripada awal lagi untuk membantu IKBN dalam melatih ramai lagi pelatih-pelatih dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri mahupun dalam sektor swasta. Sehubungan dengan itu, pelatih-pelatih yang berkemahiran tinggi dan berkualiti dapat dilahirkan. Beliau juga memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM800 000 juga disalurkan kepada IKBN Miri untuk menjadi “Accredited Centre for American Welding Society” iaitu satu pusat pengiktirafan bagi Persijilan American Welding Society and Accredited Test Facilities”. Akhir ucapan, beliau berharap IKBN Miri menjadi salah satu IKBN yang terbaik di seluruh negara.

Source : http://www.ikbnmr.gov.my/my/berita/425-majlis-perasmian-ikbn-miri-oceancare-technical-training-centre.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *